Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

306) SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SIKEMBAR)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima manfaat yang mendapat bantuan daripada skim SIKEMBAR ini?

    Jumlah penerima manfaat Sikembar yang kini dikenali sebagai Asuh Pintar bermula tahun 2020 sehingga pertengahan bulan Jun 2024 ialah seramai 2,589 orang.

  2. Adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan skim ini kepada lebih ramai penerima?

    Setakat ini, kuota penerima manfaat ditetapkan kepada seramai 500 orang sahaja setiap tahun berdasarkan jumlah peruntukan iaitu sebanyak RM600,000.00 setahun. Sebarang penambahbaikan bagi memperluaskan jumlah penerima manfaat skim ini adalah bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.