Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
238) SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (IPR 9)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penerima dan perbelanjaan IPR 9 dari 2014-2016 mengikut bangsa
- Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) selaku pengendali program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR), jumlah penerima dan perbelanjaan bagi program ini dari 2014 hingga 2016 mengikut bangsa adalah seperti berikut:-
Jadual 1 : Jumlah penerima Program SiKEMBAR mengikut kaum TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN JUMLAH 2014 693 1 4 0 698 2015 730 3 22 0 755 2016 591 5 31 1 628 JUMLAH 2014 9 57 1 2081 Jadual 2 : Jumlah perbelanjaan bagi Program SiKEMBAR mengikut kaum TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN JUMLAH RM 2014 700,000.00 500.00 3,700.00 – 704,200.00 2015 742,450.00 2,700.00 15,300.00 – 760,450.00 2016 600,140.00 3,500.00 29,800.00 1,100.00 634,540.00 JUMLAH 2,042,590.00 6,700.00 48,800.00 1,100.00 2,099,190.00 -
Nyatakan jumlah permohonan yang ditolak dari 2014-2016 serta sebabnya
Secara keseluruhan, sebanyak 496 permohonan yang telah ditolak sejak tahun 2014 hingga 2016 berikutan sebab-sebab yang telah disenaraikan seperti berikut:-
SEBAB-SEBAB DITOLAK JUMLAH PERATUSAN Pendapatan Melebihi Yg Ditetapkan 244 49% Pengesahan Gaji Meragukan 58 12% Dokumen / Maklumat Tidak Lengkap 34 7% Maklumat Pemohon Meragukan 29 6% Taska Tidak Berdaftar 22 4% Pasangan Tidak Bekerja 18 4% Umur Anak Melebihi Syarat 16 3% Mastautin Kurang Dari 5 Tahun 13 3% Berhenti / Tukar Sekolah 5 1% No Tel. Tidak Dapat Dihubungi 4 1% Anak Berhenti Belajar 4 1% Tinggal Luar Selangor 1 0% Lain-Lain 48 10% JUMLAH KESELURUHAN 496 100% (Sumber maklumat diperolehi daripada Yayasan Warisan Anak Selangor YAWAS)