Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

5) SKIM BANTUAN AM KEBAJIKAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bantuan Am Kebajikan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri melalui JKM hanya memberi bantuan maksimum sehingga RM350 sebulan kepada penerimanya

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah menyalurkan Skim Bantuan Am Negeri dengan tiga (3) kadar bantuan yang baharu iaitu RM250, RM300 dan RM350 sebulan kepada penerima bantuan tersebut. Menjawab persoalan Yang Berhormat Kampung Tunku, kadar maksimum bantuan yang disalurkan kepada setiap penerima bantuan adalah RM350 sahaja bagi satu keluarga.

  2. Adakah mungkin amaun ini dinaikkan khusus kepada garis gaji minima hanya untuk penerima yang langsung tidak mempunyai keupayaan sara diri?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor berpandukan kepada Garis Panduan Pengurusan Bantuan Am Negeri yang telah diwartakan menetapkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi seisi keluarga adalah RM1,500 atau per kapita RM350 sebulan. PGK dan kadar Bantuan Am Negeri baharu ditingkatkan dan berkuat kuasa mulai Januari 2017. Bagi individu/keluarga yang tidak mempunyai keupayaan sara diri dan tiada pendapatan, maka mereka sememangnya layak untuk menerima bantuan tersebut berdasarkan kelayakan semasa. Untuk makluman ahli Yang Berhormat Kampung Tunku, kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan lagi kadar Bantuan Am Negeri dalam masa terdekat kerana ianya baharu dinaikkan mulai awal tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.