Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
121) SKIM BANTUAN AM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah hasil kajian Kerajaan Negeri ke atas Skim Bantuan Am?
Sebagai makluman, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah menyediakan satu kertas cadangan berhubung dengan Skim Bantuan Am untuk diangkat ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan. Melalui kertas cadangan tersebut, kadar bantuan am Negeri Selangor akan ditambah baik setelah mengambilkira teguran-teguran audit yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.
Selain daripada itu, sebagai makluman ahli Yang Berhormat, satu kajian umum berhubung kadar kemiskinan Negeri Selangor juga turut dijalankan oleh Kerajaan Negeri. Jawatankuasa Tetap Kemiskinan dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kini sedang menjalankan Kajian Kadar Kemiskinan Mengikut Daerah dan Kaum serta Penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi Negeri Selangor bermula pada Mac 2015 hingga Mac 2016. Secara ringkasnya, objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Selangor melalui justifikasi pengiraan dan pembinaan indeks kemiskinan, mengenalpasti statistik kemiskinan bagi penduduk berdasarkan daerah dan kaum di Negeri Selangor dan mewujudkan dan membangunkan Sistem Maklumat yang dinamakan Informasi Kesejahteraan Rakyat Majmuk Selangor (IKRAMS) yang mengandungi data lengkap dan holistik isirumah Selangor yang berpendapatan di bawah PGK Negeri Selangor.
Oleh yang demikian, kajian ini dilihat berupaya membolehkan Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti dan merangka dasar baru, program dan peruntukan yang lebih komprehensif untuk membasmi kemiskinan secara efektif serta memastikan setiap bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri adalah tepat kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan.
-
Berapa ramaikah penerima Skim Bantuan Am ini mengikut pecahan DUN dan kaum?
Statistik penerima Bantuan Skim Bantuan Am mengikut pecahan DUN dan Kaum adalah seperti berikut:
BIL DUN Jumlah penerima Melayu Cina India Lain-lain 1 N01 SUNGAI AIR TAWAR 139 99 15 25 0 2 N02 SABAK 85 23 16 44 2 3 N03 SUNGAI PANJANG 110 50 35 25 0 4 N04 SEKINCHAN 57 30 9 18 0 5 N05 HULU BERNAM 126 71 32 23 0 6 N06 KUALA KUBU BAHARU 175 48 67 40 20 7 N07 BATANG KALI 341 124 80 137 0 8 N08 SUNGAI BURONG 61 46 10 5 0 9 N09 PERMATANG 100 38 27 35 0 10 N10 BUKIT MELAWATI 135 45 6 84 0 11 N11 IJOK 87 24 2 61 0 12 N12 JERAM 150 80 18 52 0 13 N13 KUANG 68 60 3 5 0 14 N14 RAWANG 128 55 32 41 0 15 N15 TAMAN TEMPLER 73 32 23 18 0 16 N16 BATU CAVES 147 51 19 77 0 17 N17 GOMBAK SETIA 26 13 5 8 0 18 N18 HULU KELANG 36 21 8 7 0 19 N19 BUKIT ANTARABANGSA 8 8 8 0 0 20 N20 LEMBAH JAYA 29 6 8 12 2 21 N21 CHEMPAKA 8 3 1 4 0 22 N22 TERATAI 7 2 3 1 0 23 N23 DUSUN TUA 21 10 3 3 2 24 N24 SEMENYIH 39 23 4 10 3 25 N25 KAJANG 55 16 9 29 1 26 N26 BANGI 7 7 0 0 0 27 N27 BALAKONG 8 8 0 0 0 28 N28 SERI KEMBANGAN 77 25 3 49 0 29 N29 SERI SERDANG 26 13 4 9 0 30 N30 KINRARA 22 3 15 4 0 31 N31 SUBANG JAYA 81 21 35 25 0 32 N32 SERI SETIA 98 38 15 45 0 33 N33 TAMAN MEDAN 118 52 10 56 0 34 N34 BUKIT GASING 18 4 6 7 1 35 N35 KAMPUNG TUNKU 9 2 3 4 0 36 N36 DAMANSARA UTAMA 9 4 4 1 0 37 N37 BUKIT LANJAN 48 15 10 21 2 38 N38 PAYA JARAS 56 36 4 6 0 39 N39 KOTA DAMANSARA 139 65 11 62 0 40 N40 KOTA ANGGERIK 74 28 11 35 0 41 N41 BATU TIGA 84 30 39 15 0 42 N42 MERU 98 31 42 25 0 43 N43 SEMENTA 150 34 87 29 0 44 N44 SUNGAI PINANG 24 10 7 7 0 45 N45 SELAT KLANG 70 28 26 16 0 46 N46 PELABUHAN KLANG 193 68 89 36 0 47 N47 PANDAMARAN 95 30 36 29 0 48 N48 KOTA ALAM SHAH 41 11 25 5 0 49 N49 SERI ANDALAS 197 28 26 16 0 50 N50 SRI MUDA 51 28 31 12 0 51 N51 SIJANGKANG 195 68 15 89 23 52 N52 TELOK DATUK 206 35 33 124 14 53 N53 MORIB 250 87 24 127 12 54 N54 TANJONG SEPAT 147 67 13 32 3 55 N55 DENGKIL 287 127 27 102 3 56 N56 SUNGAI PELEK 303 83 59 142 0 JUMLAH 5392 2100 1159 1854 86