Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

232) SKIM AIR PERCUMA SELANGOR 2023

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rakyat yang layak memohon Skim Air Percuma Selangor bagi tahun 2023?

    Berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Negeri Selangor 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Julai 2020, sejumlah 649,300 isi rumah tergolong dalam kumpulan B40 di mana jumlah ini merupakan anggaran jumlah yang layak memohon Skim Air Darul Ehsan (SADE).

  2. Berapa ramaikah yang sudah berdaftar sehingga 31 Disember 2023

    Sehingga 31 Disember 2023, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 375,257 jumlah permohonan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 343,076 permohonan telah diluluskan.

  3. Berapakah peruntukan (dalam bentuk Ringgit Malaysia) yang terlibat?

    Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM40 juta setahun bagi menampung perbelanjaan SADE dan sehingga 31 Disember 2023, sebanyak RM37.8 juta telah dibelanjakan bagi membiayai program tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.