Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
93) SKIM AIR PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagi pangsapuri kos rendah, Skim SAFWA ÒSelangor Free Water SchemeÓ melalui kaedah ÒLapor Dan DapatÓ dilaksanakan. Apakah status semasa pelaksanaan skim ini?
Skim ini masih diteruskan oleh Kerajaan Negeri. Selain itu, berdasarkan rekod daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejumlah 229 pangsapuri kos rendah melibatkan 64,133 unit yang masih menggunakan meter air pukal di negeri Selangor. Setakat 19 Mac 2014, status pelaksanaan Skim SAFWA bagi pangsapuri kos rendah yang masih menggunakan meter air pukal adalah sebanyak 234 kawasan yang melibatkan 66,512 unit (termasuk 8 kawasan pangsapuri Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 3,280 unit). Statistik pelaksanaan mengikut kawasan PBT adalah seperti berikut:
BIL. PRESTASI TUNTUTAN SKIM SAFWA PANGSAPURI KOS RENDAH/PPR PBT TELAH BUAT TUNTUTAN (A)
BELUM BUAT TUNTUTAN (B)
BIL. KAWASAN (A) + (B)
% 1. MBSA 35 0 35 100 (5,403) (0) (5,403) 2. MBPJ 30 1 30 97 (20,336) (210) (20,546) 3. MPSJ 25 1 26 96 (9,451) (655) (10,106) 4. MPAJ 53 0 53 100 (14,372) (0) (14,372) BIL. PRESTASI TUNTUTAN SKIM SAFWA PANGSAPURI KOS RENDAH/PPR PBT TELAH BUAT TUNTUTAN (A) BELUM BUAT TUNTUTAN (B) BIL. KAWASAN (A) + (B)
% 5. MPK 50 0 50 100 (6,438) (0) (6,438) 6. MPS 18 0 18 100 (5,717) (0) (5,717) 7. MPKj 19 0 19 100 (4,018) (0) (4,018) 8. MPSp 1 TIADA 1 100 (125) BERKAITAN (125) 9. MDKL 3 1 4 75 (352) (36) (388) 10 MDHS 1 TIADA 1 100 (300) BERKAITAN (300) JUMLAH 234 3 237 98.7 (66,512) (901) (67,413) -
Nyatakan statistik penyelesaian aduan yang telah dicapai?
Setakat ini tiada aduan diterima berhubung pangsapuri kos rendah yang gagal mendapat Skim SAFWA. Walau bagaimanapun, mana-mana pangsapuri kos rendah yang tercicir daripada senarai peserta Skim SAFWA boleh berurusan secara terus dengan Unit Pesuruhjaya Bangunan, PBT untuk mendapatkan surat perakuan layak dan membuat tuntutan Skim SAFWA selanjutnya kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS).
Terdapat 3 kawasan pangsapuri yang masih belum mengemukakan sebarang tuntutan ke atas Skim SAFWA walaupun pihak Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Unit Pesuruhjaya Bangunan, PBT telah mengatur perbincangan bersama pihak pengurusan pangsapuri berkaitan melalui surat, mesyuarat dan turun padang. Memandangkan masih tiada maklum balas daripada mereka selepas pelbagai usaha dilaksanakan, Kerajaan Negeri menganggap mereka tidak berminat dengan Skim SAFWA ini. Senarai 3 skim terbabit adalah seperti berikut:
BIL. NAMA PANGSAPURI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 1. Vista Subang Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2. Kampung Seri Aman Majlis Perbandaran Subang Jaya 3. Sri Pelangi, Tanjung Sepat Majlis Daerah Kuala Langat -
Berapakah peruntukan skim ini dan jumlah yang telah dibelanja?
Tidak ada peruntukan khusus bagi Skim SAFWA, walau bagaimanapun setakat 19 Mac 2014, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM19.39 Juta bagi pelaksanaan skim