Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

202) SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumalah keseluruhan pembiayaan air percuma bagi tahun 2020 sehingga November 2021?

    Sejak SADE dilaksanakan pada bulan Mac 2020, jumlah keseluruhan pembiayaan di bawah inisiatif ini sehingga bulan September 2021 adalah sebanyak RM51 juta.

  2. Nyatakan jumlah penerima SADE ini mengikut DUN?

    Sehingga Ogos 2021, jumlah penerima SADE adalah sebanyak 287,181 penerima dari jumlah yang disasarkan sebanyak 620,000 bersamaan 46.3%. Buat masa ini, Air Selangor tiada rekod penerima SADE yang mengikut persempadanan DUN Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, pembahagian dibuat berdasarkan Wilayah Air Selangor yang mana takrifan Wilayah Air Selangor adalah berbeza dengan persempadanan Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Pecahan penerima SADE mengikut persempadanan Wilayah Air Selangor adalah seperti berikut:

     

    Wilayah/

    Daerah Air

    Selangor

    Jumlah penerima

    SADE

    Catatan
    00 – KUALA LUMPUR 12,501 Alamat premis pemohon adalah di persempadanan PBT Selangor.
    10 – GOMBAK 32,228 Berdasarkan persempadanan Wilayah Air Selangor.
    20 – PETALING 64,696
    30 – KLANG 56,102
    40 – HULU LANGAT 29,566
    50 – KUALA LANGAT 20,612
    60 – HULU SELANGOR 29,984
    70 – KUALA SELANGOR 17,659
    80 – SABAK BERNAM 12,948
    90 – SEPANG 10,885
    Jumlah 287,181  

Lampiran

Tiada Lampiran.