Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

289) SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri akan menurunkan tarif air yang dibekalkan setelah mengehadkan penerima air percuma 20m3 kepada golongan b40 sahaja?

    Penetapan kadar tarif air setelah berkuatkuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air Negara, 2006 (Akta 655) adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan ia adalah tertakluk kepada parameter yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

  2. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memberikan potongan bayaran bil air kepada rakyat yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan akibat covid-19?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri belum bercadang untuk memberi sebarang potongan bayaran bil air bagi pengguna di Negeri Selangor tetapi membenarkan bayaran secara ansuran dibuat.

Lampiran

Tiada Lampiran.