Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
158) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan penerima manfaat yang telah berdaftar di bawah Skim Air Darul Ehsan?
Sehingga 31 Ogos 2023, sebanyak 335,468 permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) telah diluluskan dan daripada jumlah itu, 278,065 adalah penerima SADE bagi meter domestik manakala 57,403 adalah penerima SADE bagi premis meter pukal.
-
Berapakah jumlah penerima manfaat SADE di DUN Meru?
Pada ketika ini, pembahagian sempadan bagi SADE adalah berdasarkan sempadan Wilayah Air Selangor yang mana takrifan Wilayah Air Selangor adalah berbeza dengan takrifan umum. Takrifan sempadan Wilayah Air Selangor adalah berdasarkan Sistem Agihan Air dan persempadanan Pejabat-pejabat Daerah.
Pecahan penerima keseluruhan pengguna domestik semasa (aktif) sehingga 31 Ogos 2023 mengikut pecahan 10 Wilayah Air Selangor adalah seperti berikut:
Wilayah Jumlah Keseluruhan
Kuala Lumpur (Persempadanan – dalam PBT Negeri Selangor)
12,672
Gombak 34,331
Petaling 62,433
Klang 64,456
Hulu Langat 33,681
Kuala Langat 23,247
Hulu Selangor 32,179
Kuala Selangor 19,259
Sabak Bernam 13,388
Sepang 12,837
Jumlah 308,483