Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

81) SKIM AIR DARUL EHSAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa bilangan penerima SADE mengikut DUN dan jumlah peruntukan yang telah digunakan?

    Pada ketika ini, pembahagian sempadan bagi Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah berdasarkan sempadan Wilayah Air Selangor yang mana takrifan Wilayah Air Selangor adalah berbeza dengan takrifan umum. Takrifan sempadan Wilayah Air Selangor adalah berdasarkan Sistem Agihan Air dan persempadanan Pejabat-pejabat Daerah.

     

    Pecahan penerima keseluruhan pengguna domestik semasa (aktif) sehingga 31 Ogos 2023 mengikut pecahan 10 Wilayah Air Selangor adalah seperti berikut:

     

    Wilayah Jumlah Keseluruhan
     

    Kuala Lumpur

    (Persempadanan – dalam PBT Negeri Selangor)

    12,672
    Gombak 34,331
    Petaling 62,433
    Klang 64,456
    Hulu Langat 33,681
    Kuala Langat 23,247
    Hulu Selangor 32,179
    Kuala Selangor 19,259
    Sabak Bernam 13,388
    Sepang 12,837
    Jumlah 308,483

     

     

    Bagi SADE, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM40 juta setahun bagi program ini dan sehingga 31 Ogos 2023, sebanyak RM24.9 juta telah dibelanjakan bagi membantu rakyat Selangor yang berkelayakan.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penjimatan air per kapita?

    Kerajaan Negeri melalui Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) sedang dan terus giat melancarkan pelbagai kempen secara online/digital, Media Sosial dan aktiviti engagement secara bersemuka bagi mempromosikan program penjimatan air di sekolah, rumah ibadah, kawasan kediaman, premis-premis komersial dan industri serta agensi kerajaan di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

     

    Setakat 19 Oktober 2023, Air Selangor melalui Unit Penjimatan Air telah melaksanakan 23 program kesedaran pada tahun 2023 termasuk kolaborasi bersama Ahli Dewan Negeri. Di samping itu, Unit Penjimatan Air juga telah berjaya melaksanakan 2 ‘partnership’ bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) menerusi program Anugerah Inisiatif Hijau (AIH) 2023 dan Hospital Sungai Buloh menerusi Hari Bertemu Pelanggan Hospital Sungai Buloh.

     

    Dalam usaha bagi memberi kesedaran kepada pengguna agar menggunakan air secara berhemah dan memastikan tiada unsur-unsur pembaziran dalam penggunaan harian, Air Selangor dalam kempennya juga telah mengedarkan dan menggalakkan pengguna supaya memasang alat-alat penjimatan air (Water Saving Devices – WSD) seperti Water Thimbles yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan air secara automatik. WSD adalah termasuk sistem penjimatan pancuran air (heads, handsets dan sistem kawalan), peralatan paip (heads, sinki, bibs and mixers) dan sistem tandas (sistem dwi-siram, tangki curahan dan bidet) serta mesin basuh dan mesin membasuh pinggan.

Lampiran

Tiada Lampiran.