Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

11) SKIM AIR DARUL EHSAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah terkini penerima manfaat Skim Air Darul Ehsan mengikut DUN?

    Pada ketika ini, pembahagian sempadan bagi Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah berdasarkan sempadan Wilayah Air Selangor yang mana takrifan Wilayah Air Selangor adalah berbeza dengan DUN.

    Pecahan penerima SADE bagi pengguna meter individu dan penerima Skim Selangor Free Water Apartment (SAFWA) mengikut pecahan Wilayah Air Selangor adalah seperti berikut:

    1. Jumlah Pelanggan / Penerima SADE (rebat air melalui bil air meter individu) :
    Wilayah Jumlah Pelanggan/Penerima SADE

    (Sehingga Jun 2022)

    Gombak 21,159
    Petaling 43,392
    Klang 52,209
    Hulu Langat 29,778
    Kuala Langat 20, 821
    Hulu Selangor 29, 215
    Kuala Selangor 17, 989
    Sabak Bernam 13, 004
    Sepang 11, 565
    Jumlah 239,132

     

    SAFWA: Manakala pecahan bagi Skim Selangor Free Water Apartment (SAFWA) pula, adalah seperti berikut:

    1. Rebat air melalui SAFWA:
    Wilayah Jumlah Pengguna

    (Sehingga Mei 2022)

    Gombak 10,788
    Petaling 30,798
    Klang 6,278
    Hulu Langat 1,136
    Kuala Langat 48
    Hulu Selangor 800
    Sepang 125
    Jumlah 49,973
  2. Apakah strategi Kerajaan Negeri bagi menggalakkan rakyat di Negeri Selangor untuk mendaftar Skim Air Darul Ehsan?

    Kerajaan Negeri melalui Air Selangor sedang dan terus giat menjalankan promosi SADE bagi mengalakkan rakyat di Negeri Selangor untuk terus mendaftar SADE. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Air Selangor telah menjalankan promosi melalui platform atas talian dan media sosial. Namun, setelah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan mulai 10 Jun 2020, Air Selangor terus melaksanakan kempen dengan lebih aktif dan efisien dengan mengedarkan lebih banyak banner, bunting dan borang kepada ketua kampung dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk dipamerkan dan diedarkan di kawasan strategik dalam kawasan kampung dan PBT

    Selain itu, Air Selangor juga telah menjalankan kempen dan promosi melalui ‘Digital Out Of Home – DOOHpada e-Buntings di lokasi dan jalan-jalan strategik. Dalam usaha untuk memastikan tiada golongan sasar yang tertinggal dalam menikmati SADE ini, Air Selangor juga telah menjalankan promosi melalui aplikasi ‘Whatsapp’ agar pemakluman berhubung SADE sampai kepada pengguna dengan lebih pantas dan meluas. Air Selangor juga dalam tindakan mengadakan sesi engagement secara atas talian kepada hampir semua PKM dan wakil-wakil DUN.  Kolaborasi ini juga akan dijalankan secara bersemuka bersama 56 Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan wakil DUN Negeri Selangor dalam waktu terdekat bagi membantu penduduk bersasar Negeri Selangor untuk terus memohon SADE seterusnya menikmati pemberian air percuma.

Lampiran

Tiada Lampiran.