Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
15) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan Skim Air Darul Ehsan yang telah diterima?
Sehingga kini, jumlah permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang diterima melalui borang manual dan atas talian di SSIPR adalah sebanyak 236,595 dan jumlah penerima yang lulus adalah sebanyak 221,507 iaitu bersamaan dengan 94% daripada jumlah keseluruhan permohonan.
Dengan mengambil kira penduduk rumah pangsa kos rendah dalam kategori meter pukal yang secara automatik layak mendapat air percuma di bawah SADE, jumlah keseluruhan pengguna Negeri Selangor yang menikmati SADE adalah sebanyak 270,000 akaun.
Manakala permohonan yang gagal adalah sebanyak 15,088 permohonan kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Antara sebab penolakan tersebut adalah kerana pendapatan bulanan isi rumah melebihi RM4,000.00, premis kediaman berada di luar Selangor dan No. Akaun Air yang dikemukakan tidak sah.
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan permohonan yang telah berjaya dan gagal mengikut daerah di Negeri Selangor?
Buat ketika ini senarai permohonan yang telah berjaya dan gagal mengikut Daerah belum tersedia di Sistem SSIPR. Namun, Kerajaan Negeri telah meniliti keperluan tersebut dan telah mencadangkan bagi mewujudkan fungsi taburan tersebut mengikut lokaliti.