Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
62) SJKT RRI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakan projek SJKT RRI akan dimulakan?
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkaitan isu ini. Untuk makluman YB, SJKT RRI Sungai Buloh adalah Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) di mana KPM hanya bertanggungjawab membekal guru sahaja. Pembinaan dan penyelenggaraan sekolah adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). Disebabkan sekolah ini berdaftar dengan KPM, sebarang perubahan ke atas sekolah perlu mendapat kelulusan KPM terlebih dahulu. Dalam hal ini, sebelum pembinaan boleh dimulakan, pihak sekolah perlulah mendapat kelulusan berpindah terlebih dahulu sebelum kelulusan pembinaan daripada KPM. JPN Selangor ada menerima permohonan SJKT RRI Sungai Buloh Tapak Baharu di atas Lot 94424, Mukim SG. Buloh Petaling pada 22 Mac 2024. Semakan dokumen mendapati dokumen-dokumen berikut belum diterima:
- Surat persetujuan daripada semua ibubapa
- Minit mesyuarat agong PIBG
- Minit mesyuarat LPS
- Slaid pembentangan
Pada 3 April 2024, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama telah diingatkan semasa Taklimat dan Bengkel Penyelarasan Projek Khas dan RMKe-13 RP1 untuk membantu SJKT RRI melengkapkan semua dokumen yang diperlukan untuk diangkat dan dibentangkan ke KPM. Selepas mendapat kelulusan berpindah, barulah sekolah boleh memohon kelulusan pembinaan sekolah baharu. Pemohon diberi tempoh 3-4 bulan untuk menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan.
-
Berapakah kos bagi membina SJKT RRI?
Berkaitan dengan kos, setakat ini belum ada sebarang maklumat kerana fokus pada masa kini adalah melengkapkan dokumen bagi kelulusan pindah lokasi. Anggaran kos kebiasaannya berdasarkan bilangan bilik darjah dan kemudahan-kemudahan yang akan dibina dan ditentukan oleh LPS itu sendiri.