Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
174) SITUASI DENGGI SEMASA PANDEMIK
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah statistik terkini kes denggi di Negeri Selangor dalam tempoh pendamik mengikut bulan dan daerah?
Data tahun 2021 sehingga 7 Ogos 2021 mengikut bulan dan daerah:
DAERAH JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS KUMULATIF Gombak 269 298 173 191 209 309 292 57 1798 Hulu Langat 412 381 264 298 308 493 447 108 2711 Hulu Selangor 18 16 9 19 5 22 15 5 109 Klang 208 256 163 205 160 300 112 32 1436 Kuala Langat 39 37 28 16 30 26 13 0 189 Kuala Selangor 26 29 37 35 16 24 22 1 190 Petaling 488 518 330 289 318 626 401 90 3060 Sabak Bernam 2 2 2 0 0 0 1 0 7 Sepang 57 43 33 40 31 29 23 8 264 SELANGOR 1519 1580 1039 1093 1077 1829 1326 301 9764 -
Adakah sebarang kekangan terhadap usaha memerangi Aedes dalam tempoh COVID-19? Apakah usaha atau pembaharuan terkini?
Cabaran kawalan denggi semasa pandemik COVID-19 adalah:
- Kawalan Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes dalam rumah (indoor) semasa tempoh PKP penuh dan PKPD tidak dapat dilaksanakan kerana perlu memasuki rumah kediaman.
- Keperluan anggota di Unit Vektor PKD dan PBT perlu di mobilisasikan ke atas pasukan CDC daerah.
- Kejadian kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas vektor menyebabkan keperluan kuarantin untuk kes positif dan kontak rapat.
- Aktiviti luar komuniti dan pendidikan kesihatan terbatas bagi mengurangkan kontak di kalangan komuniti.
Usaha pembaharuan yang dilaksanakan:
- Penumpuan keatas kawalan Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes luar premis (outdoor) dan larvaciding di tingkatkan disamping aktiviti semburan racun thermal (fogging) dan ULV masih diteruskan.
- Promosi gotong royong kendiri di premis masing-masing seminggu sekali bagi memusnahkan tempat pembiakan Aedes yang dikenalpasti.