Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
112) SISWAZAH MENGANGGUR DI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Siswazah menganggur di seluruh Selangor sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebanyakan dari majikan hanya mengambil pekerja yang berpengalaman. Sejak 3 tahun kebelakangan ini, berapakah anggaran jumlah siswazah menganggur yang terdapat di seluruh Selangor?
Anggaran jumlah siswazah mengganggur sejak 3 tahun kebelakangan ini diseluruh
Selangor adalah seramai 22,312 orang. Mengikut data jabatan ini jumlah siswazah
yang berdaftar untuk mendapatkan pekerjaan sejak 3 tahun kebelakangan adalah
seramai 23,708 orang, manakala jumlah penempatan adalah 1,396 orang. -
Siswazah dari jurusan manakah yang paling ramai menganggur?
Jabatan tidak mempunyai data bilangan siswazah mengganggur mengikut jurusan.
Walaubagaimanapun berdasarkan dari rekod jabatan siswazah yang ramai berdaftar
untuk mendapat pekerjaan mengikut jurusan adalah seperti susunan berikut:
i) Business Administration / Commerce
ii) Accounting
iii) Electrical / electronic / telecommunication engineering
iv) Other computer & information technology
v) Mechanical / mechatronic engineering
vi) Computer science -
Apakah rancangan terbaru Kerajaan Negeri untuk membantu siswazah-siswazah ini?
Tidak berkaitan dengan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa langkah iaitu jangka pendek dan jangka
panjang yang telah dan sedang diambil oleh jabatan antaranya ialah :
i) Mengadakan Karnival untuk mempromosi sistem pencarian kerja melalui Electronic
Labour Exchange;
ii) Menganjur ceramah kerjaya dimana ia dapat membantu menerangkan prosedur
pencarian kerja dengan tepat dan bersesuaian dengan tahap pendidikan dan
kemahiran yang ada; dan
iii) Mengadakan temuduga terbuka secara lebih kerap dengan pihak industri.