Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

164) SISTEM WIFI SMART SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan 1 senarai yang lengkap lokasi pemasangan Wifi Smart Selangor

    Senarai Lokasi pemasangan WiFi Smart Selangor seperti di “Lampiran A”

     

  2. Apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Selangor sehingga Wifi Smart Selangor tidak dapat dilaksanakan di seluruh Selangor?

    Bagi melaksanakan WiFi Smart Selangor ini beberapa kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Selangor sehingga Wifi Smart Selangor tidak dapat dilaksanakan di seluruh Selangor adalah seperti berikut:-                       

    • Kesukaran untuk mendapatkan lokasi yang sesuai untuk pemasangan;
    • Tiada kerjasama dan persetujuan daripada pemilik premis / bangunan untuk pemasangan wifi terutamanya dari pemilik premis persendirian dan bangunan-bangunan dari Agensi Kerajaan Persekutuan seperti sekolah dan pusat-pusat kesihatan;
    • Tiada infrastruktur dan isyarat liputan bagi penyambungan internet di sebahagian kawasan yang telah dipilih; dan
    • Kesukaran untuk mendapatkan punca kuasa elektrik dan jaminan kawalan keselamatan terhadap peranti “Access Point” di sebahagian kawasan yang telah dipilih. 

Lampiran

Tiada Lampiran.