Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

212) SISTEM TRAFIK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan terkini bagi penambahbaikan Sistem Trafik di Kota Kemuning?

    Pihak Majlis telah melantik perunding untuk menjalankan kajian penambahbaikan sistem trafik di sekitar kawasan Shah Alam (Shah Alam Traffic Master Plain (SATMAS). Cadangan penambahbaikan aliran trafik di Kawasan Kota Kemuning adalah termasuk dalam kajian ini. Kajian ini adalah dalam peringkat akhir dan telah dicadangkan untuk dibentangkan didalam sesi ‘Townhall’ dalam waktu terdekat (penghujung November 2023). Pihak Majlis akan menjemput Ahli Dewan Undangan Negeri yang terlibat untuk hadir ke sesi ‘Townhall’

  2. Apakah perbincangan terkini bagi isu infrastruktur jambatan tambahan/ jalan alternatif kepada penduduk Kota Kemuning dan Bukit Rimau ke arah kesas?

    Walaubagaimanapun, pihak Majlis juga telah mencadangkan pembinaan ‘Flyover’ untuk bulatan utama di Kota Kemuning ke arah pembangunan Rimbayu yang telah disyaratkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat.

  3. Nyatakan pelan untuk mengatasi kesesakan trafik di lebuh raya kesas.

    Pelan mengatasi kesesakan trafik di lebuh raya KESAS adalah diluar bidang kuasa Majlis dan ianya adalah di bawah tindakan pihak KESAS

Lampiran

Tiada Lampiran.