Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

8) SISTEM TENDER TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan tanah-tanah milikan kerajaan negeri yang telah ditenderkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2010.

    Sehingga kini tiada Tanah Kerajaan yang telah ditenderkan di Daerah Sepang.

    Untuk di daerah Kuala Selangor, tiada permohonan tanah secara tender yang diterima.

     

  2. Badan/ jabatan manakah yang bertanggungjawab untuk memantau sistem dan proses tender tanah dan apakah kriteria yang ditetapkan?

    Merujuk kepada Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6/2010, pihak Pejabat Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah Daerah akan membuat hebahan kepada orang awam mengenai jualan tanah Kerajaan Negeri secara tender melalui Website SUK, PTG, semua PBT, LPHS dan lain-lain hebahan yang difikirkan sesuai selama satu (1) bulan. Maklumat yang dihebahkan adalah seperti berikut.

    • Lokasi Tanah berserta pelan tapak.
    • Keluasan Tanah.
    • Kegunaan yang perlu akan dibenarkan.
    • Zonning dan;
    • Dasar / Polisi Kerajaan Negeri yang perlu dipatuhi bagi cadangan pembangunan.
    • Pemohon yang berminat perlu mendapatkan senarai semak berserta borang permohonan PB01/2010 daripada PTD yang berkenaan dengan mengemukakan harga yang akan ditawarkan kepada PBN ;
    • Mengemukakan bayaran pemprosesan ;
    • setelah permohonan diterima, PTD dikehendaki menyediakan kertas ringkasan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam bagi memilih pemohon yang berkelayakan berserta pengenaan syaratsyarat terperinci ;
    • PTGS sediakan perakuan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam dan kemukakan untuk pertimbangan MMKN ;
    • Setelah keputusan diperolehi, maklumkan keputusan, syarat-syarat terperinci dan Borang 5A (premium berdasarkan harga belian yang telah dipersetujui ). Pemohon perlu mengemukakan bayaran penuh dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh borang 5A diterima. Sekiranya pemohon tidak menjelaskan bayaran dala masa yang ditetapkan, permohonan tersebut adalah terbatal dengan sendirinya.
  3. Adakah tanah milik anak syarikat Negeri Selangor yang tidak dibayar premium juga akan ditenderkan dan senaraikan tanah milikan anak-anak syarikat Negeri Selangor yang telah ditenderkan daripada tahun 2007-2010

    Tanah Milik PKNS yang telah ditenderkan mengikut pecahan daerah adalah seperti berikut :-

    i)Daerah Petaling

    1. Tapak Pam Minyak seluas 19,167 kps di SS 4B/10 Sg. Way
    2. Tapak pam minyak seluas 14,987 kps di SS 3/39, Kelana Jaya

     

     ii)Daerah Hulu Langat

    Kawasan Perindustrian Cheras Jaya seluas 3,003 kaki persegi iaitu  :-

    1. 2, Jalan 6B (PT 23629)
    2. 4, Jalan 6B (PT 23630)
    3. Tapak perniagaan seluas 2,089 meter persegi di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi
    4. Tapak perniagaan seluas 1.6 ekar di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

    iii)Daerah Shah Alam

    Bil. Perkara Keluasan (mps)
    1. 4 Buah Tapak Tadika Seksyen 7, Shah Alam 15,975 mps.
    2. Sebuah Tapak Tadika Seksyen 19, Shah Alam 1,132 mps.
    3. 2 Tapak Pam Minyak Seksyen 24, 8213 mps.
    4. Tapak Pam Minyak Pasar Borong Seri Kembangan 4133 mps.
    5. Tapak Gerai Bandar Sultan Suleiman 5180 mps.
    6. 3 Tapak Industri Seksyen 23 Shah Alam, 23,852 mps
    7. 1 Tapak Industri Seksyen 16 Shah Alam, 7892 mps.
    8. Tapak Perumahan Taman Sri Andalas Klang, 657 mps.
    9. Tapak Perumahan Seksyen 16 Shah Alam, 13,625 mps.
    10. Tapak Gudang/Stor Seksyen 17, Shah Alam, 2,023.4 mps
    11. Tapak Banglo Seksyen 7 Shah Alam, 3,021 mps.

Lampiran

Tiada Lampiran.