Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
151) SISTEM TALIAN ADUAN RAKYAT SELANGOR (STARS)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak aduan yang telah diterima oleh STARS sejak tahun 2008 dan nyatakan kategori-kategori aduan yang diterima.
Aduan yang telah diterima oleh STARS sejak tahun 2008 adalah sebanyak 10,095 aduan berdasarkan kategori seperti di bawah:-
KATEGORI ADUAN
JUMLAH
Alam Sekitar 1316 Bangunan 528 Insfrastruktur 1549 Kacauganggu 563 Kepimpinan 112 Pelbagai 2824 Perkhidmatan 2300 Peniaga Tanpa Lesen 155 Rasuah / Penyelewengan 171 Tanah 577 Nota: Sumber daripada Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) sehingga 31 Mei 2014
-
Terangkan prosedur dan aliran pengendalian aduan sistem STARS.