Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

21) SISTEM PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR (PEDULI SISWA)

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan implikasi kewangan Pinjaman Boleh Ubah Dalam dan Luar Negara dari 2017 hingga kini?

    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM16.6 juta. Selain itu TKWBNS bertanggungjawab untuk mengutip pinjaman yang telah diberikan kepada peminjam selepas tamat pengajian. Berikut adalah implikasi kewangan bagi tempoh 4 tahun seperti berikut:

    PERKARA 2017 2018 2019 2020

    (anggaran)

    Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (RM’juta) 29.92 32.87 28.74 27.5
    Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara (RM’juta) 0.28 1.70 1.80
    JUMLAH (RM’juta) 29.92 33.15 30.44 29.3
  2. Apakah kadar bayar balik untuk Pinjaman Boleh Ubah dari peminjam-peminjam yang sudah tamat belajar dan bekerja?

    Kadar Bayaran balik pinjaman adalah mengikut jumlah pinjaman yang diberikan berikut adalah jadual yang telah ditetapkan:

    Jumlah Pinjaman Bayaran Balik Tempoh (bulan)
    Kurang RM5,000 RM139 12-36
    RM5,001 – RM10,000 RM157 32-64
    RM10,001 – RM15,000 RM190 53-79
    RM15,001 – RM20,000 RM209 72-96
    RM20,001 – RM25,000 RM221 91-113
    RM25,001 – RM30,000 RM239 109-131
    RM30,001 – RM35,000 RM247 122-142
    RM35,001 – RM40,000 RM261 134-154
    RM40,001 – RM45,000 RM273 147-165
    RM45,001 – RM50,000 RM283 159-177
  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan peminjam-peminjam membayar-balik dengan tuntas?

    TKWBNS telah mengambil beberapa tindakan bagi memastikan peminjam-peminjam membuat bayaran balik tindakan tersebut seperti berikut:

    1. Peringatan bayaran balik dibuat melalui sms blast kepada semua peminjam pada setiap bulan;
    2. Peringatan melalui panggilan telefon bagi peminjam yang mempunyai tunggakan;
    3. Surat Berdaftar (6 bulan lepas tamat pengajian);
    4. Surat Peringatan (sebanyak dua (2) kali);
    5. Penyerahan Notis Tanpa Prejudis;
    6. Notis Penyenaraian Senarai Hitam;
    7. Penyenaraian hitam maklumat kewangan peminjam dan penjamin yang gagal untuk membuat pembayaran di institusi kewangan;
    8. Lawatan ke premis tempat tinggal bagi kes peminjam tegar; dan
    9. Tindakan undang-undang melalui Penasihat Undang-undang Negeri.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.