Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

238) SISTEM PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR (PEDULI SISWA)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan implikasi kewangan Pinjaman Boleh Ubah Dalam dan Luar Negara dari 2017 hingga kini?

    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menerima peruntukan daripada Kerjaaan Negeri sebanyak RM16.6 juta. Selain itu TKWBNS bertanggungjawab untuk mengutip pinjaman yang telah diberikan kepada peminjam selepas tamat pengajian. Berikut adalah implikasi kewangan bagi tempoh 4 tahun seperti berikut:

  2. Apakah kadar bayar balik untuk Pinjaman Boleh Ubah dari peminjam-peminjam yang sudah tamat belajar dan bekerja?

    Kadar Bayaran balik pinjaman adalah mengikut jumlah pinjaman yang diberikan berikut adalah jadual yang telah ditetapkan:

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan peminjam-peminjam membayar-balik dengan tuntas?

    TKWBNS telah mengambil beberapa tindakan bagi memastikan peminjam-peminjam membuat bayaran balik tindakan tersebut adalah seperti berikut:

    1. Surat Berdaftar (6 bulan lepas tamat pengajian)
    2. Surat Peringatan 1
    3. Surat Peringatan 2
    4. Notis Tanpa Prejudis
    5. Notis Penyenaraian Senarai Hitam
    6. Penyenaraian Hitam maklumat kewangan peminjam dan penjamin yang gagal untuk membuat pembayaran di institusi kewangan.
    7. Perundangan melalui Penasihat Undang-undang Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.