Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
249) SISTEM PERPARITAN DI TAMAN PERMATA SUNGAI LALANG SEMENYIH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah kekerapan berlaku banjir di taman tersebut?
Banjir yang berlaku disebabkan pemaju Kiara Susila Sdn. Bhd. yang sedang menjalankan kerja tanah di atas Lot 400, 402 dan 402 dan siasatan mendapati keraj tanah yang dilakukan tidak mematuhi syarat-syarat kelulusan pelan infrastruktur di mana ‘silt trap’ dan ‘earth drain’ tidak disiapkan di tapak makala pemilik tanah dai Lot 18366 (Lot Asal 1038) telah menjalankan kerja tanah-tanah tanpa mendapat sebarang kelulusan infrastruktur.
Sehubungan dengan itu, Notis Arahan Pembaikan telah dikeluarkan kepada pemaju untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan manakala pemilik Lot 18342 sehingga Lot 18366 sedang dikenal pasti dengan membuat carian rasmi di Pejabat Tanahd an Galian, Negeri Selangor untuk tindakan kompaun ke atas pemilik lot berkenaan.
-
Adakah sistem perparitan di taman tersebut mengikut piawaian yang telah ditetapkan?
Sistem perparitan di taman tersebut telah mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh pihak JPS / MPKj.