Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

119) SISTEM PERPARITAN DI PAYA JARAS, KUBU GAJAH DAN MERBAU SEMPAK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Agensi mana yang bertanggungjawab menyelenggara sistem perparitan di kawasan ini?

    JPS

    Untuk makluman, terdapat tiga (3) agensi yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan sistem perparitan. Agensi yang terlibat adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). JPS Negeri Selangor merupakan agensi yang bertanggungjawab menyelenggara parit monsun di Negeri Selangor. PDT pula bertanggungjawab menyelenggara sistem perparitan di kawasan kampung manakala PBT bertanggungjawab menyelenggara sistem perparitan di kawasan perumahan terancang.

    MBSA

    Bagi perparitan di kawasan Paya Jaras, Kubu Gajah dan Merbau Sempak, pihak MBSA hanya menjalankan kerja – kerja pembersihan longkang dan perparitan yang mempunyai struktur konkrit di jalan – jalan utama sahaja. Perparitan yang dibina di dalam tanah lot persendirian adalah di bawah tanggungjawab pemilik lot tanah. Manakala longkang besar / monsoon drain di kawasan ini adalah dibawah tanggungjawab agensi lain iaitu sama ada dibawah JKR atau pun JPS.

  2. Jelaskan sistem jadual kekerapan penyelenggaraan perparitan di kawasan tersebut?

    JPS

    JPS Negeri Selangor melalui JPS Daerah Petaling telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala dengan kekerapan satu (1) kali sebulan dan terdapat juga kerja-kerja secara one-off mengikut keperluan seperti berikut:-

    MBSA

    Jadual kekerapan pembersihan longkang dan perparitan yang dijalankan oleh pihak Majlis adalah dua kali sebulan (minggu ke 2 dan minggu ke 4).

  3. Berapakah tempoh maksima kitaran penyelenggaraan sistem perparitan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan?

    JPS

    JPS Negeri Selangor melalui JPS Daerah Petaling melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala seperti kerja-kerja memotong rumput adalah sebanyak satu (1) kali sebulan manakala bagi kerja-kerja pengorekan parit pula satu (1) kali setahun dan kekerapan akan ditambah mengikut keperluan di tapak.

    MBSA

    Tempoh maksima kitaran penyelenggaraan pembersihan sistem perparitan yang dilaksanakan dengan kekerapan dua kali sebulan di kawasan Paya Jaras, Kubu Gajah dan Merbau Sempak adalah merujuk pada tempoh perjanjian kontrak antara pihak Majlis dengan KDEBWM. Perkhidmatan pembersihan yang dilaksanakan oleh KDEBWM di kawasan MBSA adalah bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2027. Namun, sebarang perubahan pada kontrak kerja akan dikemukakan kepada pihak Majlis dan Kerajaan Negeri bagi tujuan kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.