Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

26) SISTEM PERPARITAN DAN SALIRAN DI KAWASAN KG. TRADISI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kaedah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menaik taraf jalan dan parit yang melibatkan tanah persendirian?

    Sekiranya terdapat permohonan bagi menaiktaraf jalan dan parit yang melibatkan tanah persendirian, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) akan mendapatkan permohonan izin lalu terlebih dahulu selain daripada memohon peruntukan daripada beberapa sumber kewangan seperti Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN), Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Lampiran

Tiada Lampiran.