Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
141) SISTEM PERPARITAN DAN SALIRAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha pihak JPS dalam mengambil langkah penyelesaian bagi menangani kejadian tanah runtuh yang sering berlaku di Perumahan Kemboja 4B?
JPS telah mengambil langkah penyelesaian dengan membina struktur penahan jenis gabion bagi penstabilan tebing saliran di Perumahan Kemboja 4B. Kerja tersebut telah dijalankan pada Oktober 2020.
-
Berikutan masalah tanah runtuh adalah berpunca dari saliran JPS, apakah tindakan khas yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian berulang?
Masalah tanah runtuh di kawasan saliran/ sungai berpunca daripada halaju aliran sungai yang tinggi menyebabkan hakisan dan ketidakstabilan tebing seterusnya berlaku kejadian tanah runtuh. Tindakan penyelesaian oleh JPS bagi menangani isu tanah runtuh berulang melalui kerja penstabilan tebing sungai/saliran yang dilaksanakan secara berperingkat di bawah Peruntukan Pembangunan (P13), penstabilan dan pengukuhan tebing pelbagai daerah.