Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

227) SISTEM PERPARITAN DAN LONGKANG DI TAMAN-TAMAN LAMA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak MPK mempunyai perancangan untuk menaiktaraf sistem dan membaiki semula parit dan longkang di taman-taman lama yg kini uzur dan telah mengalami kerosakan yang teruk sehingga menyebabkan punca banjir kilat dan masalah denggi?

    Majlis Perbandaran Klang mempunyai perancangan untuk membaiki dan menaiktaraf sistem perparitan mengikut keutamaan. Pelaksanaan dilakukan secara berperingkat mengikut keutamaan berdasarkan keadaan struktur parit/longkang dan keperluan isu banjir. Pelaksanaan kerja adalah seperti berikut:

    Majlis sedang dalam peringkat perolehan pemanggilan kerja pembaikan longkang secara kontrak tahunan seluruh kawasan Majlis dan memberi keutamaan kepada taman-taman perumahan lama meliputi kawasan berikut;

     

    1. Kawasan Klang Utara.
    2. Kawasan Klang Selatan.
    3. Disamping itu, Majlis mempunyai cadangan bagi kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan bagi mengurangkan masalah banjir seperti berikut:

     

    BIL. PERKARA/ PROJEK CATATAN
    1. Kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan tebatan banjir serta pembinaan kolam tadahan di kawasan Taman Eng Ann dan Taman Berkeley, Klang Utara, Selangor Darul Ehsan. Peringkat pembinaan. Dijangka siap awal tahun 2022.
    2. Kerja-kerja menaiktaraf/mengatasi banjir di Lorong Haji Abdul Razak, Kampung Jawa, Klang Selatan serta kerja-kerja berkaitan dengannya. Peringkat pembinaan. Dijangka siap akhir Disember tahun 2021.
    3. Kerja-Kerja Membina Parit Konkrit Jenis “Precast U-Drain” Di Jalan Abadi, Taman Daya Maju, Meru, Klang Utara Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dengannya. Peringkat pembinaan. Dijangka siap Mac tahun 2022.
    4. Kerja-kerja membina pembentung kekotak di Jalan Jasa 2C, Taman Jasa Ria, Klang Utara serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya Siap dilaksanakan pada November 2021.
    5. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Perparitan Di Sebahagian Jalan Hulubalang 27, Taman Sentosa, Klang Selatan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dengannya. Peringkat pembinaan. Dijangka siap pada Mei 2022.
    6. Kerja-Kerja Tebatan Banjir Di Taman Bayu Perdana Dan Kawasan Sekitarnya, Kawasan Majlis Perbandaran Klang Peringkat perolehan. Kontraktor dijangka dilantik pada Disember 2021.
    7. Projek Tebatan Banjir Di Sungai Kapar Indah, Daerah Klang, Selangor Peringkat reka bentuk oleh juruperunding. Pelaksanaan tahun 2022.
    8. Projek Tebatan Banjir Di Jalan Pekan Baru 26, Daerah Klang, Selangor Peringkat reka bentuk oleh juruperunding Pelaksanaan tahun 2022.
    9. Kerja-Kerja Pembaikan Parit Jenis Konkrit Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Sebahagian Jalan Jelutung /KU8, Meru Klang Utara Peringkat perolehan. Pelaksanaan tahun 2022.
    10. Kerja-kerja menaiktaraf parit di Jalan Cokmar 2L, Taman Mutiara Bukit Raja serta kerja-kerja berkaitan dengannya

     

    Peringkat pembinaan. Dijangka siap awal tahun 2022.
    11. Kerja-Kerja Membaiki Tembok Penahan Dan Lantai Jenis Konkrit Di Lorong Belakang, Jalan 24/KU11, Taman Desa Kencana Meru, Klang Utara Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dengannya

     

    Peringkat perolehan.

    Pelaksanaan tahun 2022.

    12. Menaiktaraf sistem saliran Taman Setia, Johan Setia, Klang

     

    Peringkat reka bentuk. Pelaksanaan tahun 2022.
    13. Cadangan menaiktaraf longkang Jalan Dato Tahir Manan, Kapar

     

    Peringkat reka bentuk
    14. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Perparitan Di Sebahagian Jalan Batai Laut, Taman Intan, Klang Selatan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dengannya. Peringkat reka bentuk. Pelaksanaan tahun 2022.
    15. Kerja-Kerja Membina Parit Alir Keluar Jenis Pembentung Konkrit Kekotak Di Jalan Sungai Off Jalan Tepi Sungai, Klang Selatan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dengannya. Peringkat pembinaan. Pelaksanaan tahun 2022.
    16. Kerja-kerja pembinaan pembentung kekotak di Lorong Sultan Mohamed 1B, Bandar Baru Sultan Sulaiman, Klang Utara serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya. Siap dilaksanakan pada Ogos 2021.
    17. Kerja-kerja menaiktaraf Pembentung Kekotak di Jalan Kota Raja, Klang Selatan serta kerja-kerja berkaitan dengannya. Siap dilaksanakan pada Mei 2021.
    18. Kerja-kerja membina pembentung kekotak di jalan masuk dari Persimpangan Jalan Tepi Sungai ke Taman Anika, Klang Selatan serta kerja-kerja berkaitan dengannya. Siap dilaksanakan Mac 2021.
    19. Kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan tebatan banjir serta pembinaan kolam tadahan di kawasan Taman Eng Ann dan Taman Berkeley, Klang Utara, Selangor Darul Ehsan. Peringkat pembinaan. Dijangka siap awal tahun 2022.
    20. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Perparitan Di Jalan Bunga Ros Dan Jalan Melawis Serta Pembinaan Kolam Tadahan Di Jalan Bekong, Taman Melawis, Klang Selatan. Peringkat reka bentuk. Pelaksanaan tahun 2022.
    21. Kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran di Jalan Sungai Keramat 3, Kawasan Perindustrian Klang Utama, Klang Utara serta kerja-kerja berkaitan dengannya. Peringkat reka bentuk. Pelaksanaan tahun 2022.
    22. Kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran di Jalan Kenangan, Meru, Klang Utara serta kerja-kerja berkaitan dengannya.

     

    Peringkat reka bentuk. Pelaksanaan tahun 2022.
    23. Kerja-Kerja Pembinaan Kolam Tadahan Di Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann, Klang Utara Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dengannya.

     

    Peringkat reka bentuk. Pelaksanaan tahun 2022 jika mendapat persetujuan penduduk.
    24. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Perparitan Di Jalan Bunga Ros Dan Jalan Melawis Serta Pembinaan Kolam Tadahan Di Jalan Bekong, Taman Melawis, Klang Selatan. Peringkat reka bentuk. Pellaksanaan tahun 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.