Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
60) SISTEM PERPARITAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah Kerajaan Selangor boleh menyediakan satu sistem perparitan yang lengkap?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dalam usaha menaiktaraf sistem perparitan di seluruh negeri terutama daerah-daerah yang pesat membangun untuk keselesaan pengguna dari masa ke semasa. Namun begitu, pembangunan tambahan yang dibuat selepas kerja menaiktaraf saliran, kadar aliran permukaan air hendaklah dikawal mengikut kadar aliran sediaada. Sekiranya tidak dikawal, akan menyebabkan pertambahan kadar aliran air dan akan menyebabkan berlakunya banjir kilat terutama di kawasan downstream. Oleh demikian, perancangan yang teliti untuk pembangunan di masa akan datang amatlah diperlukan. Untuk makluman, tahap perlindungan rekabentuk bagi projek yang sedang dan akan dilaksanakan adalah 50 hingga 100 tahun bergantung kepada keluasan kawasan tadahan.
-
Berapakah tempoh masa diambil untuk membaiki longkang monsun dan longkang biasa dari tarikh aduan dilaporkan?
Setiap aduan yang diterima akan diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari bekerja. Setelah aduan diterima, lawatan tapak bersama pengadu dan kerja pengukuran di tapak akan dibuat. Tempoh masa diambil untuk membaiki longkang monsun dan longkang biasa selepas lawatan tapak bersama pengadu bergantung kepada tahap kerosakan. Sekiranya anggaran kerosakan dibawah RM 20,000.00 kerja-kerja dijangka boleh disiapkan di dalam masa 14 hari. Namun begitu, sekiranya kerosakan serius dan anggaran kerja melebihi RM20,000.00 masa yang diambil untuk pembaikan adalah dua hingga tiga bulan.
Maklumat tambahan
Prosedur perolehan bagi kerja sebutharga adalah seperti di bawah:
BIL. PERKARA TEMPOH 1. LAWATAN TAPAK 1 hari 2. PENYEDIAAN DOKUMEN PELAWAAN SEBUTHARGA, SENARAI KUANTITI, DAN PELAN LUKISAN 3-14 hari 3. IKLAN ONLINE 3 hari 4. TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK 1 hari 5. PELAWAAN SEBUTHARGA 7 hari 6. TUTUP SEBUTHARGA 1 hari 7. PENYEDIAAN LAPORAN SEBUTHARGA 3-14 hari 8. JAWATANKUASA SEBUTHARGA 3 hari 9. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) 3 hari 10. SERAH TAPAK 1 hari JUMLAH 26-48 hari