Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
235) SISTEM PENYURAIAN KESESAKAN LALU LINTAS BANDAR BARU SUNGAI BULOH BAWAH MBSA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
MBSA pernah memberi jawapan bahawa kesesakan tempat tersebut adalah dalam kajian MBSA. Apakah yang melambatkan proses penyuraian kesesakan di kawasan tersebut ?
Pihak MBSA telah melaksanakan proses penyuaraian kesesakan di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh secara berperingkat. Pada Peringkat awal MBSA telah melaksanakan sistem jalan sehala di Jalan 1A/1 dan 1A/2, Seksyen U20 pada tahun 2008 kecuali jalan utama Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 1 dan Jalan 1A/3, Seksyen U20 kerana kawasan tersebut adalah jalan yang menghubungkan ke kawasan perumahan. Sehubungan dengan itu, pada bulan Februari 2016 pihak MBSA juga telah mewartakan kawasan tersebut sebagai zon tunda di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 1 dan ini bagi membolehkan pihak MBSA mengambil tindakan saman ke atas pengguna yang meletakkan kenderaan di luar petak tempat letak kereta yang telah disediakan untuk menggelakkan kesesakkan lalulintas.
Kajian oleh pihak perunding Tetuan Ikram Berhad telah siap dilaksanakan dan cadangan oleh perunding untuk pembinaan jalan alternatif di Bandar Baru Sungai Buloh. Pihak pemborong projek pembinaan alternatif juga telah dilantik dan kerja di tapak telah bermula pada 1 November 2016 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2 Oktober 2017.
-
Bilakah jangkaan pelaksanaan sistem tersebut akan dilaksanakan ?
Perlaksanaan sistem aliran trafik telah bermula dimana pihak MBSA telahpun melantik pemborong iaitu Tetuan Infra Kirana Sdn. Bhd. bagi membina jalan alternatif yang menghubungkan antara Jalan 1D/A dan Persiaran Bukit Rahman Putra. Tempoh pembinaan projek ini adalah selama 48 minggu dan projek sedang dilaksanakan di tapak. Tempoh projek bermula dari 1 November 2016 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2 Oktober 2017 dengan perlaksanaan projek jalan alternatif ini, kesesakan yang berlaku di pusat Bandar Baru Sungai Buloh dijangka akan dapat dikurangkan.