Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

53) SISTEM PENGURUSAN TANAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Task Force Tanah telah pun diberikan peranan untuk memberi cadangan kepada pihak kerajaan negeri. Apakah cadangan yang telah diberikan dan tindakan lanjut daripada pihak kerajaan negeri terhadap cadangan berkaitan?

    Jawapan oleh Task Force Tanah.

  2. Menurut pekeliling-pekeliling yang telah dikeluarkan, pentadbir tanah telah diberikan kuasa penuh dalam meluluskan permohonan LPS dengan pembubaran Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD). Bagaimanakah Y.A.B. dapat memastikan bahawa permohonan LPS dapat diuruskan dengan lebih bersistem dan telus?

    Menurut Seksyen 66, Kanun Tanah Negara telah memberikan kuasa kepada Pentadbir
    Tanah untuk meluluskan permohonan Lesen Pendudukan Sementara. Walau
    bagaimanapun, untuk tujuan pemantauan khususnya bagi mematuhi dasar-dasar
    Kerajaan Negeri yang berkaitan satu garis panduan sedang dirangka untuk
    dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk pertimbangan. Justeru,
    tidak wujud isu berhubung kuasa Pentadbir Tanah meluluskan permohonan LPS
    memandangkan undang-undang telah memberikan kuasa tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.