Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
42) SISTEM PENGURUSAN TANAH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan negeri bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan tanah bagi mengatasi isu tunggakan permohonan tanah serta penduduk yang tidak mendapat geran tanah setelah berpuluh tahun menunggu?
Beberapa tindakan telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi
mengatasi isu tunggakan permohonan tanah. Di antara tindakan-tindakan
tersebut adalah seperti berikut:-i) Pelantikan kakitangan task force oleh Kerajaan Negeri seramai 159 orang
termasuk 128 orang kakitangan Pasukan Petugas Khas lantikan Kerajaan
Persekutuan bagi meningkatkan produktiviti dan keupayaan
menyelesaikantunggakan permohonantanah; danii) Penetapan sasaran di peringkat individu sehingga di peringkat Jabatan
bagi memastikan fokus yang berterusan diberikan terhadap penyelesaian
tunggakan tersebut. Penilaian dan pemantauan berkala dilakukan bagi
memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai dan isu-isu
berbangkit berkaitan penyelesaiantunggakan dapat ditangani.Bagi kes penduduk-pendudukyang masih tidak mendapat geran tanah setelah berpuluh tahun menunggu, siasatan secara spesifik perlu dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, pihak Y.B. Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang dipohon mengemukakan nombor rujukan fail permohonan-permohonan tersebut kepada Pentadbir Tanah Daerah bagi membolehkan tindakan susulan diambil.
-
Apakah sistem yang akan diamalkan dalam proses tender tanah bagi memastikan wujudnya ketelusan dalam pentadbiran tanah?
Merujuk kepada Kanun Tanah Negara 1965, pelupusan tanah Kerajaan adalah
dibuat secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 atau Lesen Pendudukan
Sementara di bawah Seksyen 65. Tiada Seksyen yang memperuntukkantanah
dilupuskan secara tender terbuka. Walau bagaimanapun,Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat keputusan dasar bagi melaksanakanamalan tersebut. -
Berapakah jumlah tanah yang telah dirizabkan untuk sekolah jenis kebangsaan serta sekolah kebangsaan 5 tahun yang lepas mengikut pecahan daerah dan senaraikan butir-butirnya. (nama sekolah, lokasi, keluasan tanah, tahun dirizabkan)
Tapak bagi Sekolah-SekolahKebangsaantidak dirizabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kementerian berkaitan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan perlu memohon hak milik bagi tanah-tanah tersebut untuk pembinaan Sekolah-Sekolah Kebangsaan. Manakala, bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan, kebanyakan sekolah tersebut dibina di atas tanah persendirian (tanah hak milik). Berdasarkan data yang diperoleh melalui Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer, berikut disenaraikan jumlah tanah dengan syarat nyata tapak Sekolah (bagi hak milik Pendaftar sahaja) seperti di LampiranA.
Pentadbiran ini tidak menyenggara maklumat nama-nama sekolah berkaitan. Pihak Y.B. Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang bolehlah mendapatkan maklumat tersebut melalui Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang beralamat di Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Tel: 03-55198823/55186214, Faks: 03-55102133.