Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

232) SISTEM PENGURUSAN SAMPAH KAMPUNG

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah yang diperuntukkan dari mula sehingga kini mengikut tahun?

    Peruntukkan keseluruhan bagi pengurusan sampah kampung oleh PBT Negeri Selangor sejak tahun 2016 hingga 2021 adalah seperti berikut:-

    BIL. TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    1. 2016 10,470,954.96
    2. 2017 13,127,929.06
    3. 2018 21,356,182.56
    4. 2019 22,787,744.74
    5. 2020 25,037,770.16
    6. 2021 23,734,649.56

             *Sumber: PBT Negeri Selangor

  2. Adakah jumlah itu mencukupi berbanding perbelanjaan yang dikeluarkan oleh setiap PBT?

    Kos yang diperuntukkan adalah berdasarkan kepada jumlah inventori tong sampah yang ditempatkan di setiap bin point collection di kawasan kampung. Peruntukan  tersebut mencukupi bagi menampung kos kutipan sampah, namun pihak PBT kurang berkemampuan untuk membuat tambahan kos bagi pembelian dan penempatan tambahan tong sampah di setiap bin point collection bagi menampung kapasiti sampah yang bertambah. Bagi PBT yang berstatus Majlis Daerah, peruntukan tersebut setakat ini mencukupi berikutan telah mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri.

  3. Apakah isu yang dihadapi dan jalan penyelesaiannya?

    Antara isu yang paling banyak dihadapi oleh PBT dalam menguruskan sampah kampung adalah penduduk sekitar atau peniaga luar mengambil kesempatan membuang sampah perniagaan dan sampah pukal di tong-tong berpusat di kampung; wujud banyak rumah-rumah sewa dalam satu lot, jalan/ lorong sempit menyukarkan lori memasuki kawasan kampung dan sampah yang bercampur. Sehubungan itu, PBT mengambil pendekatan dengan melaksanakan hebahan e-poster berkaitan pengurusan sampah dengan betul kepada penduduk setempat, mewujudkan lokasi baru tong sampah berpusat di lokasi-lokasi yang sesuai dan dapat diakses oleh lori sampah

Lampiran

Tiada Lampiran.