Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
75) SISTEM PENGUMPULAN AIR HUJAN (SPAH)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan premis-premis Kerajaan Negeri Selangor yang menggunakan sistem SPAH?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, antara premis kerajaan yang menggunakan sistem pengumpulan air hujan (SPAH) adalah seperti berikut: –
BIL PREMIS 1. Dewan Jubli Perak Abdul Aziz, SUK Selangor 2. Pusat Biomass MPSJ, Bandar Bukit Puchong 3. Tempat mencuci kenderaan, Bengkel Mekanikal MPSJ 4. Bangunan Ibu Pejabat MBPJ 5. Masjid Bukit Indah, Ampang 6. Kompleks Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya 7. Dewan Orang Ramai Taman Dahlia, Sepang 8. Dewan Orang Ramai Taman Putra Prima,Sepang -
Sejauh manakah sistem SPAH dapat mengurangkan kos dan menjimatkan jumlah air mengikut senarai projek yang telah dijalankan?
Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Seberang Perai & Majlis Perbandaran Sandakan, Perbandaran Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pemasangan SPAH dapat mengurangkan penggunaan air terawat sebanyak 30% hingga 75%. Ianya adalah bergantung kepada kapasiti tangki SPAH dan jumpa air yang dapat di kumpulkan pada satu-satu masa. (Sumber dari Kertas Kerja Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) yang disediakan oleh KPKT bertarikh 26hb Jun 2012).
Walau bagaimanapun, pengurangan kos dan penjimatan jumlah air mengikut senarai projek yang telah dijalankan adalah sama seperti kajian yang telah di laksanakan.