Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
214) SISTEM PENGUATKUASA AUTOMATIK (AES)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri mengenai pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES- Automatic Ekforcement System) di kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri?
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES- Automatic Enforcement System) merupakan salah satu bentuk penguatkuasaan jalan raya yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dengan tujuan mengesan sikap pemandu yang memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan. Pemasangan AES dibuat di dua (2) lokasi di Negeri Selangor iaitu di Daerah Kajang seperti butiran berikut :
No Lokasi No. laluan Daerah Kelajuan (kmh) Koordinat Pihak Berkuasa Jalan
Pemegang Konsesi Mahkamah 1. Km 301.9, Kajang
E0002 Kajang 90 02.97565, 101.74259
LLM PLUS Kajang 2. Km 6.6 Jalan Kajang/
Puchong
E0026 Kuala Lumpur 80 02.973157, 101.685212
LLM SKVE Kajang Secara dasarnya, Kerajaan Negeri telah meminta Kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan AES sebelum kajian terperinci dilaksanakan kerana tidak dapat dipastikan bahawa sistem tersebut akan mengurangkan kemalangan jalan raya. Pemasangan sistem tersebut juga dilihat adalah untuk menguntungkan syarikat yang mendapat kontrak pemasangan dan pengendali sistem tersebut.
-
Sila menyatakan nama dan lokasi dan jumlah bilangan AES dipasang di tanah Kerajaan Negeri Selangor.
Sama seperti di SUB (a)
-
Adakah Kerajaan Negeri mengenakan sebarang caj dan bayaran terhadap Kerajaan Pusat / Syarikat penyelenggaraan AES kerana menggunakan tapak tanah Kerajaan Negeri?
Sama seperti di SUB (a)