Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

41) SISTEM PENGKALAN DATA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tahap kesediaan Sistem Pangkalan Data yang dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan di setiap daerah melalui Pejabat Tanah dan Daerah Negeri Selangor ? Adakah sistem ini telah siap untuk diguna pakai ?

    Land Bank Library System (LBLS) merupakan pangkalan data di mana dokumen urus niaga dan bukan urus niaga telah diimbas. Imej ini kemudiannya digunakan untuk urusan kaunter bagi salinan sah dokumen.

    Projek ini masih di peringkat Fasa 1 dimana hanya dokumen di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) sahaja telah diimbas seperti maklumat berikut :

    Hakmilik Landed         :           Tahun 2004 hingga 2010  (1.7 Juta perserahan)

    Hakmilik Strata            :           Tahun 2007 hingga 2010  (200,000 perserahan)

    Bagi tahun 2013, PTGS telah menambah baik LBLS dengan membangunkan modul laporan dan peningkatan dari segi keselamatan sistem sedia ada. Disamping itu Sistem Carian dokumen LBLS telah dibangunkan bagi memudahkan carian dokumen fizikal di Stadium Shah Alam.

    Sehingga kini, LBLS digunakan di PTGS kerana dokumen berkenaan adalah hakmilik PTGS (HSD).

    Fasa 2 LBLS masih di peringkat kajian dan melibatkan dokumen urusniaga dan bukan urusniaga berikut :

    Hakmilik Landed                     :           i.          Tahun 2003 dan kebawah

    1. Tahun 2011 dan ke atas Anggaran dokumen :           20 juta helaian

    Hakmilik Strata                        :           i.          Tahun 2006 dan kebawah

    1. Tahun 2011 dan keatas. Anggaran dokumen :           3.5 juta helaian

    Bagi tahun 2014, PTGS sedang dalam proses kajian perluasan ke Pejabat Tanah/ Daerah meliputi jumlah dokumen setiap Daerah, peralatan-peralatan yang diperlukan dan tempat simpanan dokumen yang bersesuaian.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.