Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
243) SISTEM PENGGERA (SIREN) BENCANA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai sistem penggera (siren) bencana ?
Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS mempunyai sebanyak 103 sistem pengera (siren) banjir.
-
Adakah sistem penggera (siren) bencana masih berfungsi ?
61 stesen sistem penggera (siren) banjir masih berfungsi dengan baik, manakala 42 stesen sedang diselenggara dan dijangka siap pada bulan Julai 2022
-
Nyatakan lokasi sistem penggera (siren) bencana yang terdapat di negeri Selangor.
Lokasi sistem pengera (siren) banjir adalah seperti di Lampiran A.