Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
111) SISTEM PENDIDIKAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa rancangan di bawah Sistem Pendidikan di Negeri Selangor. Apakah garis panduan terhadap pendidikan pada peringkat tadika?
-
Apakah bantuan-bantuan pendidikan yang diberi oleh Kerajaan Selangor pada Persekolahan rendah, menengah hinggalah ke peringkat pelajaran tinggi?
- Bantuan pendidikan peringkat tinggi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut :
i) Hadiah anak masuk Universiti
Program ini adalah merupakan program di bawah agenda merakyatkan Ekonomi Selangor. Rakyat Negeri Selangor yang layak akan diberikan hadiah sebanyak RM 1,000 sebagai hadiah kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
ii) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor
Pinjaman yang disediakan ini adalah merupakan pinjaman boleh ubah dan ditawarkan kepada semua bidang peringkat pengajian iaitu di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma di IPTA/ IPTS dan di peringkat sijil di Politeknik/Kolej Komuniti
Jumlah tawaran biasiswa adalah seperti berikut :
Peringkat Pengajian Kadar Pinjaman ( setahun) Ijazah ( perubatan) RM 7,000.00 Ijazah ( lain-lain) RM 6,500.00 Diploma RM 4,900.00 Sijil RM 4,000.00 - Bantuan Pendidikan melalui Lembaga Zakat Selangor
- Pinjaman Yayasan Selangor
- Program Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
-
Bagaimana kerajaan memantau prestasi universiti dan kolej swasta di Selangor?