Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

223) SISTEM PENANGKAP KILAT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adalah difahamkan bahawa kebanyakan bangunan-bangunan tidak mempunyai sistem penangkap kilat. Apakah pandangan Kerajaan Negeri terhadap perkara ini?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri masih belum menguatkuasakan sebarang arahan yang mewajibkan bangunan-bangunan memasang sistem penangkap kilat. Walau bagaimanapun, di peringkat PBT ada mensyaratkan pemasangan sistem ini bagi bangunan-bangunan tinggi dan juga struktur yang berisiko seperti tangki yang menyimpan bahan mudah terbakar. Lanjutan daripada itu, semasa perancangan pembangunan sesebuah struktur, pihak perunding akan mencadangkan pemasangan sistem penangkap kilat sekiranya ia didapati perlu di dalam permohonan yang dihantar ke PBT yang berkaitan untuk kelulusan pembangunan.

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri akan mengkaji perkara ini dari aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran bersama-sama agensi yang mempunyai kepakaran dalam menentukan keperluan pemasangan sistem penangkap kilat pada bangunan-bangunan sedia ada dan juga mensyaratkannya dalam perancangan pembangunan akan datang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.