Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
222) SISTEM PEMANTAUAN KELULUSAN TANAH ATAU TOL
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Siapakah yang boleh memantau kelulusan tanah atau TOL?
Pihak yang memantau kelulusan tanah atau TOL adalah Pentadbir Tanah Daerah
yang berkenaan. -
Bagaimanakah ADN boleh memantau kelulusan tanah atau TOL memandangkan pejabat Tanah tidak pernah mengemukakan apa-apa permohonan?
Oleh kerana pada masa ini Jawatankuasa Tanah Daerah telah dibubarkan, maka
permohonan pemberimilikan dan pemilihan terus dikemukakan ke MMKN, PTG dan
Pentadbir Tanah untuk kelulusan mengikut keluasan yang dinyatakan dalam Kaedah
Tanah Selangor. Manakala pertimbangan permohonan TOL diturunkan kuasa
kepada PTD untuk melulus/menolak permohonan bergantung kepada ulasan jabatan
teknikal yang terlibat. Pekeliling PTG Selangor Bil. 1/2008 bertarikh 28 Mei 2008
telah menjelaskan perkara ini.