Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

170) SISTEM MARRIS ONLINE

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah jalan baru yang didaftarkan di Sistem MARRIS Online untuk tahun 2015 oleh setiap jabatan/agensi pelaksana.

    Jumlah jalan baru yang didaftarkan di Sistem MARRIS Online untuk tahun 2015 untuk tempoh Januari-Julai 2015 mengikut setiap jabatan/agensi pelaksana adalah seperti berikut:

    Bil. Agensi Panjang Jalan (km)
    1. JKR 0.0
    2. Majlis Perbandaran/Bandaraya 1,367.89
    3. Majlis Daerah 195.35
    4. Pejabat Daerah dan Tanah 168.8
    5. JPS 0.0
      Jumlah 1,732.04
  2. Sila nyatakan tarikh terakhir Sistem MARRIS Online dikemaskini oleh setiap jabatan/agensi pelaksana

    31 Julai 2015

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh meningkatkan prestasi kemaskini Sistem MARRIS Online?

    Kerajaan Negeri sentiasa dalam usaha meningkatkan prestasi kemas kini Sistem MARRIS Online dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:-

    • Bengkel pemutihan data MARRIS.
    • Mesyuarat penyelarasan data MARRIS.
    • Bengkel mencerap jalan menggunakan alat GPS yang dibekalkan.
    • Bengkel perkongsian ilmu mencerap jalan menggunakan teknik ‘digitizing’ melalui Google Map.
    • Bengkel perkongsian ilmu menggunakan perisian MapInfo sebagai database jalan untuk setiap agensi.
    • Tindakan proaktif JKR Selangor dengan mengadakan sesi hands-on bersama agensi pelaksana untuk pendaftaran jalan dalam Sistem MARRIS Online.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.