Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

73) SISTEM KOMUNIKASI JALUR LEBAR DAN PERANCANGA PEMBANGUNAN SEIMBANG PELABUHAN KLANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain industri perkapalan dan pelabuhan sebagai pintu masuk utama negara, Pelabuhan Klang juga sesuai dimajukan sebagai kawasan di mana sistem komunikasi jalur lebar diperluaskan untuk tarikan kepada peniaga dan usahawan yang terlibat dalam aktiviti import dan eksport. Adakah Kerajaan Negeri membuat pelaburan ke atas sistem ICT dan komunikasi untuk jaringan hubungan yang lebih maju, hebat dan pesat?

    Ya Kerajaan Negeri akan menganjurkan penyediaan infrastruktur HyWIN di mana seluruh kawasan di Negeri Selangor termasuk di Pelabuhan Klang akan menerima manfaat capaian internet jalur lebar tanpa wayar (wireless).

  2. Apakah usaha dan pembangunan mapan yang seimbang di dalam perancangan Kerajaan untuk menjadikan Pelabuhan Klang kawasan yang maju serta berdaya saing kerana kawasan ini terkenal dengan industri perkapalan serta pelabuhan utama negara?

    Kajian RKK (Rancangan Kawasan Khas) Bandar Pelabuhan Klang telah disediakan pada tahun 2006 dengan kerjasama daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia,Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang untuk memandu perlaksanaan pembangunan sehingga tahun 2020.

     

    • Isu/masalah dan juga potensi (rujuk draf Ringkasan Eksekutif yang dilampirkan) telah dikenal pasti. Anggaran kos perlaksanaan juga telah di buat.
    • Kerjasama pemilik tanah dan bangunan juga diperlukan untuk pembaikan menyeluruh.

    Empat kriteria utama yang perlu diberi tumpuan :

     

    1. Struktur Bandar (guna tanah)
    2. Sistem pengangkutan
    3. Sistem saliran (isu banjir)
    4. Imej Bandar dan kualiti persekitaran