Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

247) SISTEM I-WORKFARE

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah data bersepadu yang dikumpulkan menerusi Sistem I Workfare mengikut kategori dan pecahan daerah.

    Sistem IWorkfare dibangunkan bertujuan mengumpul dan merekod data-data bantuan yang diberikan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat kepada rakyat

     

    Jumlah data bersepadu yang dikumpulkan menerusi Sistem IWorkfare mengikut kategori seperti berikut;

     

    Bil Kategori Jumlah Penerima
    1 Kerajaan Negeri 328,729
    2 Program MES 592,676
    3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 1,179
    4 Pejabat Tanah Daerah (PTD) 0
      Jumlah 922,584

     

    Manakala bagi pecahan daerah pula, Sistem IWorkfare tidak merekod data mengikut pecahan daerah.

  2. Sejauh manakah data ini digunakan untuk memadankan kerja dengan golongan yang berpendapatan rendah dan perlukan bantuan kebajikan?

    Berdasarkan data-data bantuan yang diterima daripada agensi, tiada rekod pendapatan yang disertakan. Oleh yang demikian kerja pemadanan dengan golongan yang berpendapatan rendah dan perlu bantuan tidak dapat dilaksanakan.

  3. Apakah kekangan yang dihadapi menggunakan sistem ini?

    Antara kekangan yang dihadapi dalam menggunakan Sistem IWorkfare adalah seperti berikut;

     

    • Daripada sudut pandangan YAWAS, komitmen yang diberikan oleh agensi- agensi kerajaan Negeri yang terlibat dalam program ini amat kurang walaupun latihan penggunaan sistem telah diberi sebanyak 2 kali. Setiap pengguna dalam agensi turut dibekalkan dengan ID Pengguna untuk log masuk sistem. Namun, ianya masih tidak digunakan seolah-olah tidak berminat untuk menggunakan sistem

     

    • Terdapat data yang diterima daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat didapati tidak mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem dengan lengkap mengikut format yang disediakan. Ini disebabkan semasa bantuan diberikan, agensi tidak merekod maklumat dengan betul dan lengkap. Oleh itu YAWAS hanya memasukkan data-data yang ada seperti yang diberikan oleh agensi ke dalam Sistem

Lampiran

Tiada Lampiran.