Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

140) SISTEM E-WORLD

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah penggunaan Sistem E-World telah membantu Kerajaan dalam pengurusan sisa pepejal?

    Sistem  E-World, merupakan sistem pendaftaran atas talian; dan juga sebagai platfom untuk mempermudahkan urusan rekod dan dokumentasi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk sisa pepejal yang dilupuskan di tapak tapak pelupusan yang dikendalikan oleh WHB.

    Sistem ini diwujudkan bagi menggantikan kaedah manual yang dijalankan sebelum ini dengan menggunakan kertas. Sistem ini menggunakan kaedah pendaftaran yang mudah and mesra teknologi. Di samping itu, sistem e-WORLD juga boleh diakses dan dikemaskini dengan mengunakan laman sesawang  dan mobile friendly.

    Sistem E -World merupakan langkah strategik Worldwide Holdings dalam mempertingkatkan kecekapan pengendalian urusan pendaftaran di tapak tapak pelupusan, dimana data-data yang berkaitan akan disalurkan secara automatik ke sistem ini; bertujuan untuk meningkatkan kelancaran rekod pengurusan dan pemantauan kenderaan atau lori sampah yang masuk ke tapak pelupusan.

    Sistem ini berupaya mempertingkatkan kecekapan pengendalian urusan pendaftaran, data dapat disalurkan secara automatik untuk semakan, rujukan dan dianalisis pada bila-bila masa.

    Melalui E-World juga, pangkalan data Worldwide Holdings juga boleh digunakan untuk tujuan mengumpul data dan rujukan oleh Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN). Pelancaran sistem E-World pada hari ini menunjukkan komitmen dan sokongan Worldwide Holdings dalam usaha menambah baik dan meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor khususnya dalam urusan dengan pihak PBT dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.