Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
155) SISTEM E-TANAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah objektif dan misi yang hendak dicapai oleh sistem e-tanah dan pelan tindakan pelaksanaan?
Berikut dikemukakan Objektif, Misi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan Sistem e-tanah:
Objektif
Membangunkan sistem berkomputer secara bersepadu ke arah pentadbiran tanah yang lebih efektif di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan.
Misi
Menambahbaik kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui penyediaan satu sistem yang komprehensif, mudah digunakan, selamat dan boleh dipercayai.
Pelan Tindakan Pelaksanaan Sistem e-tanah
Cadangan pelan tindakan pelaksanaan Sistem e-tanah di Negeri Selangor adalah melibatkan perkara seperti berikut :
- Permulaan Projek
- Penyediaan Projek
iii. Customer Requirement Study (CRS)
- Pembangunan
- Ujian (Provisional Acceptance Test (PAT) dan Final Acceptance Test (FAT)
- Khidmat Pengurusan Data
vii. Change Management dan Latihan
viii. Penyediaan Keperluan Infrastruktur
- Penyediaan Infrastruktur Fizikal
- Warta
- Go-Live
-
Apakah sistem penyemakan permohonan tanah yang digunakan bagi memastikan ketelusan dalam pemprosesan tanah dan tanah diluluskan kepada mereka yang memerlukan?
Sistem khusus bagi tujuan penyemakan permohonan tanah belum dibangunkan dalam Sistem e-tanah. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pekeliling PTGS Bilangan 6/2011, Kerajaan Negeri telah menggariskan panduan dan syarat-syarat permohonan yang boleh dipertimbangkan untuk kelulusan secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara. Antara kriteria yang layak dipertimbangkan ialah pemohon yang telah mengusahakan tanah tersebut semenjak tahun 2008, dan pemohon yang masih belum memiliki tanah.