Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
311) SISTEM BEKALAN AIR TELOK GONG DAN PULAU INDAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambahbaik bekalan air di Kampung Telok Gong dan Pulau Indah?
Air Selangor telah merancang beberapa inisiatif untuk menambah baik bekalan air di Kampung Telok Gong dan Pulau Indah, wilayah Klang / Shah Alam. Antara perancangan Air Selangor adalah:
- Pertama, program penggantian paip:
- Di Pulau Indah dengan panjang paip 23.78 km yang melibatkan kawasan di Persiaran Masjid Sultan, Jalan Sidang Adnan & Jalan Imam Haji Omar.
- Manakala, di Teluk Gong pula dengan panjang paip 22.28 km yang melibatkan kawasan di Jalan Pangkalan Nelayan, Jalan Ikan Mata Duyong, Jalan Ikan Bawal, Lorong Ikan Yu, Jalan Bawal Cermin, Jalan Parajurit, Jalan Parajurit 1, Jalan Parajurit 2, Jalan Tiang TNB 55 R1-9, Jalan Pangkalan 2A/KS10, Jalan Pangkalan 1J/KS10, Jalan Pangkalan 2D/KS10, Jalan Tengah, Lorong Ikan Bawal dan Jalan Pangkalan.
- Program ini bermula pada Januari 2024 dan kini dalam fasa reka bentuk. Penganugerahan projek bagi kerja-kerja penggantian paip ini adalah pada November 2024 dan jangkaan siap projek ini adalah pada suku kedua 2026.
- Kedua, cadangan bagi pembinaan kolam sedut, rumah pam dan kolam menara di Telok Gong termasuklah pemasangan paip masuk utama, paip pengepaman dan pengagihan semula sistem bekalan air.
- Projek ini bermula pada Mei 2024 dan kini pada peringkat tinjauan tapak dan pengukuran tanah. Projek ini dijangka siap pada suku keempat 2030.
-
Berapakah jumlah kos yang terlibat?
Kos anggaran projek penggantian paip di Kampung Telok Gong dan Pulau Indah adalah dianggarkan sebanyak RM69 juta, manakala kos projek pembinaan kolam sedut, rumah pam, kolam menara dan pemasangan paip di Telok Gong adalah dianggarkan RM50 juta.