Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

104) SISTEM AMARAN BENCANA AWAL

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status semasa pembinaan sistem amaran bencana awal seperti yang terdapat dalam Rancangan Selangor 1?

    Untuk makluman Yang Berhormat, dalam memastikan pelaksanaan skop kerja  pemantauan, ramalan dan amaran banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor mempunyai stesen hidrologi di seluruh Negeri Selangor. Stesen hidrologi utama terdiri daripada Stesen Telemetri (hujan dan aras air), Siren, Internet Protocol (IP) Camera dan Rangkaian Hidrologi National (RHN).

    Bagi mendapatkan data-data taburan hujan dan aras air, stesen telemetri hujan dan aras air telah dibina di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh daerah di Negeri Selangor. Sehingga kini, terdapat 146 stesen telemetri hujan (RF), 82 stesen telemetri aras air (WL), 119 stesen siren dan 72 stesen IP Kamera. Stesen tersebut berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk memberi amaran awal kemungkinan berlakunya banjir di kawasan-kawasan berisiko dan hotspot banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.