Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

60) SISTEM ADUAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan sistem penerimaan dan pengurusan aduan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menerima aduan penduduk Selangor

    Sistem penerimaan dan pengurusan aduan yang digunakan oleh Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor bagi melancarkan aktiviti pengurusan aduan awam adalah seperti berikut :

    1. Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) merupakan sistem yang telah dilancarkan pada 13 Julai 2007 dan boleh diakses 24 jam sehari secara online;
    2. SMS Aduan (DAPAT) yang dikoordinasikan melalui STARS;
    3. Aduan boleh diterima melalui e-mel aduan @selangor.gov.my;
    4. Talian Bebas Tol Aduan Sampah dan Air 1 800 88 2824 yang diperkenalkan pada bulan Februari 2012 dan boleh dihubungi dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari (termasuk hari minggu dan cuti umum);
    5. Talian Operator Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) melalui talian 03-55447000 yang boleh dihubungi dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kerja;
    6. Maklum balas melalui Portal Selangor yang boleh diakses 24 jam sehari secara online;
    7. Surat melalui fax dan pos ke Bahagian Korporat, Pejabat SUK Negeri Selangor;
    8. Layanan bersemuka dengan pengadu di kaunter Bahagian Korporat, Pejabat SUK Negeri Selangor.
  2. Apakah sistem pemantauan yang digunakan bagi memastikan aduan yang diterima daripada orang awam diselesaikan dengan secepat mungkin mengikut tempoh yang ditetapkan dan seterusnya mendapat pengesahan pengadu?

    Pemantauan aduan dibuat melalui Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS). Semua aduan yang diterima melalui surat, e-mel dan talian telefon akan dimasukkan dalam STARS untuk memudahkan pemantauan. Notifikasi akuan terima akan dikemukakan secara automatik apabila pengadu mengemukakan aduan melalui STARS. STARS menunjukkan ‘hayat’ dalam tempoh hari di mana pemantauan tempoh penyelesaian aduan dibuat. Sekiranya aduan tidak diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, maka peringatan akan dikemukakan kepada jabatan berkenaan untuk mendapatkan maklum balas. Pengadu boleh melihat status penyelesaian aduan secara log in terus ke STARS dengan menggunakan No rujukan Aduan / No Kad Pengenalan/ No Telefon Bimbit. Sekiranya pengadu tidak puas hati dengan penyelesaian aduan tersebut, pengadu boleh menghubungi Pegawai Aduan di Bahagian Korporat untuk bincang semula mengenai aduan mereka.

  3. Sejauh manakan sistem internet dan teknologi maklumat digunakan untuk meningkatkan keefisienan Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan aduan dan masalah serta mengurangkan birokrasi?

    Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang ada kini, Kerajaan Negeri Selangor meletakkan inisiatif yang tinggi dalam mengaplikasikan sistem-sistem dan portal yang membolehkan semua maklumat terkini disalurkan kepada rakyat. Secara khususnya, aduan dan permasalahan rakyat yang diterima melalui sistem aduan atas talian, e-mel dan sebagainya akan disampaikan kepada pihak berwajib mengikut kategori aduan yang telah ditentukan tanpa perlu melalui prosedur yang rumit. Integrasi dengan sistemsistem yang berkaitan juga telah memudahkan penyaluran aduan dan membantu pihak berwajib bertindak dengan pantas. Dengan penggunaan Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor, pada tahun ini sahaja terdapat lebih

    80% aduan yang telah dapat diselesaikan. Setiap aduan/masalah rakyat yang diterima adalah menjadi keutamaan Kerajaan negeri Selangor untuk mengatasinya dalam tempoh yang munasabah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.