Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

56) SISA PEPEJAL DOMESTIK DAN PERINDUSTRIAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan untuk mengurangkan sisa buangan domestik?

    Kerajaan Negeri dengan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mewujudkan beberapa rancangan untuk mengurangkan sisa buangan domestik seperti mewujudkan pusat kitar semula di setiap pasar basah dengan meletakkan tong-tong sampah untuk sisa-sisa sayuran dan buahbuahan (Green Waste). Ia akan di kitar semula untuk dijadikan baja kompos / baja organik.

  2. Berapakah bajet yang diperuntukkan untuk pendidikan dan program kitar semula?

    Bagi tahun 2009, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 di bawah Program Kesedaran Alam Sekitar yang akan meliputi program-program kitar semula. Kerajaan Negeri juga akan  mengadakan program alam sekitar bersama dengan ADUN-ADUN di mana RM5,000 dari peruntukan tahunan ADUN akan digunakan untuk program kesedaran berorientasikan alam sekitar ini.

  3. Apakah rancangan dalam penyelenggaraan sisa perindustrian?

    Sisa perindustrian terbahagi kepada 2 iaitu sisa domestik dari kilang-kilang dan juga sisa berbahaya. Bagi sisa-sisa domestik ia akan dilupuskan di tapak-tapak pelupusan sanitari ataupun tapak pelupusan sampah mengikut kawasan PBT masing-masing. Untuk sisa-sisa perindustrian berbahaya ia akan diuruskan oleh Kualiti Alam Sdn Bhd, di mana ia akan diproses dan dilupuskan di Pusat Pelupusan Sampah Bukit Nanas, Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Lampiran

Tiada Lampiran.