Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
47) SISA PEPEJAL
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pelantikan syarikat konsesi pengurusan sisa pejal di setiap PBT di Selangor?
Bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perkhidmatan syarikat konsesi Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) masih digunakan seperti mana yang telah diputuskan oleh Kabinet pada tahun 1998. Pihak majis memperbaharui perjanjian interim di antara Majlis dengan AFSB setiap tahun seperti arahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Manakala bagi Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mereka tidak mempunyai sebarang syarikat konsesi yang dilantik bagi menguruskan hal berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan di kawasan majlis. Ini berikutan kerja-kerja berkenaan dilakukan sendiri oleh pihak majlis tanpa melibatkan syarikat konsesi
-
Apakah usaha kerajaan dalam pengurangan sisa pejal?
Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius mengenai masalah sampah yang semakin meningkat. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah sampah ini. Antara yang program yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) adalah seperti mengadakan Kempen Kitar Semula bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Manakala bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), mereka sentiasa meningkatkan dan menggalakkan program ‘3R’ (reuse,reduce,recyle) kepada semua pihak di semua peringkat punca bagi mengurangkan pembuangan sisa
-
Apakah rancangan kerajaan dalam usaha penguraian sisa 'biodegradable' secara kolektif?
Kerajaan Negeri melalui Worldwide Holdings Berhad (WHB) telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani isu ‘Biodegradable Waste’ iaitu:-
- Melaksanakan projek pengomposan bagi sisa organik yang dilupuskan di tapak pelupusan sanitari Jeram di mana jumlah sisa ‘biodegradable’ yang dilupuskan adalah sebanyak 45% dari jumlah sisa domestik. Langkah ini dilakukan agar jangka hayat tapak pelupusan dapat dipanjangkan dan ianya juga dapat menghasilkan produk baja kompos bagi kegunaan rakyat di Negeri Selangor.
- Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan agar WHB membuat kajian terperinci bagi melaksanakan teknologi baru iaitu ‘Mechanical Biological Threatment’ yang mana loji ini akan mengitar semula buangan yang boleh dikitar semula seperti plastik, kertas, besi dan lain-lain. Dengan melalui sistem ‘Anaerobic Digester’, ia boleh menjana tenaga elektrik dengan menggunakan sisa
- Melalui WHB juga, sisa organik berkenaan dapat menghasilkan gas metana dimana gas ini akan digunakan bagi penjanaan tenaga
- Di tapak pelupusan Sanitari Air Hitam, Puchong yang telah ditutup pada Disember 2006, pereputan sisa organik telah menghasilkan gas metana. Pada masa ini gas tersebut digunakan bagi menjan 2 megawatt tenaga elektrik melalui projek penjanaan elektrik secara ‘renewable energy’. Projek ini telah dijalankan sejak tahun 2004 dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).