Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

239) SISA PEPEJAL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dasar tender terbuka yang diambil oleh Kerajaan khusus berhubung sisa pepejal tidak melibatkan Ahli Majlis. Kenapa peranan Ahli Majlis di nafikan

    Kerajaan Negeri melalui PBT melakukan pemilihan kontraktor berdasarkan dari mesyuarat sebut harga dan tender yang dianggotai oleh Ahli Majlis yang terpilih sebagai pemerhati bagi memastikan perjalanan mesyuarat pemilihan berjalan dengan baik dan telus.

  2. Terdapat kontraktor yang dipilih telah TIDAK menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya dijalankan. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kontraktor- kontraktor tersebut.

    Pihak PBT mempunyai kuasa bagi mengeluarkan “Notice To Correct” (NTC) terhadap kontraktor-kontraktor tersebut. Tindakan yang dikenakan ialah dengan melakukan pemotongan bayaran jika sekiranya kontraktor tidak melaksanakan kerja mengikut jadual dan spesifikasi kerja yang telah

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk menyenaraihitamkan Kontraktor-kontraktor terbabit.

    Setakat ini terdapat beberapa PBT seperti MPSJ, MPAJ dan MPSepang telah menyenarai hitamkan beberapa kontraktor yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka kerana gagal melaksanakan tugas dengan

Lampiran

Tiada Lampiran.