Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

165) SISA PEPEJAL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam pengurusan sisa pepejal selepas mengambil alih dari Alam Flora?

    Terdapat beberapa masalah yang dihadapi setelah proses pengambilalihan dilaksanakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, masalah tersebut berpunca daripada pelantikan kontraktor baru yang kurang pengetahuan daripada segi kawasan dan jadual yang diberikan. Selain daripada itu, kurangnya pasukan pemantau juga merupakan antara masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan semua kerja dilaksanakan dengan mengikut jadual.

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah-masalah tersebut?

    Kerajaan Negeri melalui semua PBT telah mengambil pelbagai langkah bagi mengatasi masalah berkenaan seperti sentiasa mengadakan perjumpaan bersama dengan kontraktor agar dapat mengetahui masalah yang dihadapi. Selain daripada itu, semua PBT harus senantiasa mengawasi perkhidmatan yang diberikan oleh semua kontraktor supaya menepati syarat yang telah ditetapkan semasa proses pelantikan dilakukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.